Saturday, January 9, 2010

Mahkota itu di Rumah Nuranimu



Wajah taman tanah air kita sudah cukup terbuka. Kita dapat mendiri rumah di tanah pilihan hanya kerana kuasa wang dan mampulah menakluki tanah yang diingini. Berdirilah rumah-rumah - banglow mewah di pinggir bukit, di tanah serong mengadap jurang di lembah, bersebelahan gunung batu - impian masing-masing, ya cukup selamat. Maka oleh kuasa wang, wang mengalir, wang digunakan untuk apa saja yang diingini. Termasuk menyediakan wang 'silap mata '. Sehingga tanah yang dilarang ' usik ' juga akhirnya mendapat surat izin - berdirilah rumah-rumah mewah dengan aneka rekabentuk. Termasuk bangunan berjejer tinggi di awan. Ada yang cenderung menyisip ciri warisan dengan bumbung perabung. Tidak aneh masih berterusan aneka bentuk seni bina apa saja yang diingini. Kerana lama di di UK, maka ditirulah bentuk Tudor (sebenarnya tidak banyak berbeza dengan perambung rumah Melayu - cuma diberi wrna putih, hitam an atap genting).

Gaya anjung Jepun juga disenangi, kerana anaknya belajar di Kyoto....begitu juga wajah taman Bali makin merebak sehingga lengkap dengan payung putih hitam berpetak terkembang yang sebenarnya melambang perayaaan Ngaben (upacara pembakaran mayat). Motif ular naga juga tidak asing lagi.

Di manakah lambang MAHKOTA HATI? Di kepala berhiasan emas? Maka dibentuklah lambang kesempuranaan kepala kerana di situlah tempat rumah akal. Akal di sebelah kanan, dan gelora emosi di sebelah kiri. Dalam adat dan adab budaya Melayu, kepala adalah ' hulu' di sana dengan hiasan ikat destar dan gendek mahkota bagi perempuan. Ini dipakai di waktu yang istimewa iaitu bila ditabal menjadi Raja Sehari.

Namun oleh kerana ingin menjadi 'raja di hati' maka bermunculanlah istilah kuasa yang dapat di bina.....kuasa kemewahan pun dibangunkan di rumah untuk dipakai sementara - berbayar ganda di Hotel Raja, berehat kerana darah tinggi juga di Hospital Raja, atau Rumah rehat Puter - Raja Muda. Kalau anda rajin mencatat...lihat, masuklah ke rumah-rumah raja itu....semua kini bebas bergelar raja, putera, puteri, apa saja....kerana kini semua sudah beraja di hati. Termasuk memakai busana raja sambil membuka pintu kereta di lobi Hotel Raja, membawa beg pelanggan ke meja kaunter!


Gombak
10012010

No comments: