Friday, May 24, 2013

Gembira Guru


Bila seorang guru membaca
ia ingin menyampaikan cerita
ilmu dikutip untuk mengembang nurani
akal budi
untuk kita berkongsi

Kenapa keruh wajahmu
datang mengeluh
esei tidak siap
malas melakukan kajian lapangan
hanya terperam di pustaka
mengutip setiap halaman buku
bukan mengolah dengan akal sihatmu
marah pula markah tidak sampai ke paras tertinggi
tetapi kau seorang pelajar kami
sudah jadi menteri
lantaran bijak berperi
mematah setiap hujah!

Ya Gembira seorang guru
di halaman jiwa yang murni
menjalin akal membina negeri ini
kerana Allah Maha Penentu
jangan kau lupa pintu
pulang ke rumah janji
yang sudah dipetri
itulah Izin-Nya
Penuhi !

Ikrar bukan di lidah
tapi di halaman Kitab
yang akan di hisab!

(kesan Setelah PRU 13)

5 -20 Mei 2013



No comments: