Wednesday, February 17, 2010

Tulisan Jawi?

Berapa banyakkah syarikat Melayu yang menaikkan motto atau logo bertulisan Melayu-Jawi sebagai jenama pengeluaran masing-masing. Minah sos pun tidak memasukkan tulisan jawi. Konon takut tidak dibeli oleh non-Muslim. Satu kajian menarik yang boleh Rumah Kasih Bonda mulakan. Siapa yang ingin bergabung silakan. Mungkin proposal kajian boleh kita panjangkan ke Pusat Islam atau Yayasan Bukhari?

*****
18022010

Rumah Kasih Bonda

RUMAH lama ini kita baiki lagi. akan kita duduki.
di situ dulu semua karya bertumpuk, lukisan dan fail penulisan.
Hampir 5 tahun, kau ditinggal sepi,
kurendang semula pohon kemboja, pinang merah
berbuahlah dengan meriah

Junjungan kayu sendeng kita tegakkan lagi,
tembok anjung ayuh tolong dirapi kembali!
Herman menyimin tembok
tembok takkan kita simin rapi
cukup lekuk abadi.


*****

(10 Februari mulakan wajahmu di sini)
17022010