Wednesday, August 3, 2011

MANA JALAN MELAYU

KADANG memang dapat dirasakan, apa saja yang berberkaitan dengan warisanmu, seakan lenyap. Jalan Melayu (dalam zaman sebelum merdeka di sebut MALAY STREET) begitu penting, berdenyut sebagai tempat lalu lalang, bersebelahan Sungai Ampang, sejejer sebelahnya dengan Jalan Melaka (Malacca Street), perhentian bas Len Seng. Di Jalan Melayu inilah urat nadi peniaga Melayu membuka kedai jahit, sulam, menyulam, buatan songkok, capal. Hingga tahun 1960an dipenuhi peniaga Minang: Pak Yassin , PakAgus Salim memang terkenal dengan jahitan sulam kebaya, dengan pelajar perempuan yang menjahit. Warong makan Minang juga terkenal di situ dan peniaga India dengan menjual bunga Melor, termasuk kedai gunting rambut jalanan. Ke utara simpang Melayu, disambut dengan Jalan Bunus. Juga dipenuhi kedai makan termasuk kedai buku yang membawa masuk buku-buku dari Indonesia. Yang paling terkenal ialah kedai buku Pak Sabirin (ayah penyair Anis Sabiri).






DI SIMPANG antara Jalan Melayu dan tembusanya ke Jalan Bunus, inilah berdiri Masjid India yang dipenuhi oleh peniaga India Melayu yang berjualan di situ. Peniaga India berniaga anika kain, benang. Di hujung Jalan Melayu ini beremtebusan pula dengan Batu Road sekarang lebih dikenali sebagai Jalan Tunku Abdul Rahman. Hingga tahun 197an Jalan Melayu masih menerus



kan sistim niaga tepi jalan, di celah-celah bangunan bank, tanpa karenah. Tetapi 198oan akhir tiba-tiba Jalan Melayu yang juga didatangi pelukis jalanan, sudah disepikan. Kedai jualan ditutup,dibangunkan dengan sistem kononnya lebih teratur.Sejak itulah muncul nama Jalan Masjid India yang 'merampas' citra JALAN MELAYU. Anak muda KL sendiri sudah lupa dengan nama ini. Mereka lebih kenal stesen Pasar Seni yang tegak perkasa di depan kepala Jalan Melayu.






JALAN Masjid India sudah diraikan besar-besaran oleh DBKL setaraf dengan India Kecil yang dirasmikan oleh presiden negara itu sendiri...siapakah berbelanja, di sini kalau bukan wajah Melayu yang sudah melupakan JALAN MELAYU???

****



(Mana pula Kampung Rawa, Jalan Semarang, Kg Kerinchi? yang pernah bertapak di hati anak Kuala Lumpur JATI)



Bandar Baru Bangi, 3 Ogos 2011




No comments: