Kain pelangi India (di langit-langit) dan cindai batik asal Jawa
KAIN Patola (cindai) dan Bandhana (pelangi) India memang digemari oleh pengguna di Alam Melayu Nusantara. Sejak abad ke 7M kain-kain ini di Selat Sri Langka, di Selat Melaka, merentasi pelabuhan Pidei (sebelum muncul Banda Aceh), Melaka, singgah di beberapa pelabuhan di pantai Timur Sumatera seperti Tanjung Balai, Bangka, tembus keTemasek meneruskan pelayaran ke pulau Segantang Lada , Riau Penyegat.
Di laluan Lautan Hindi, kapal pedagang singgah di Sabang, Meulabuh, ke Air Bangih, dan masuk ke Teluk Bayur, terus mengikuti laluan ke Selat Sunda. Teksil ini kelompokkan sebagai warisan seni Seriwiyaya-Majapahit hingga tersebar di seluruh sisa kerajaan Melayu. Dari laluan sutera pula, segalaa daganan dari jalur pergunungan Parsi, melalui India Utara, merentas pinggiran Himalaya, masuk ke Lembah Kuening, menuruni ke lembah Mymmar, menyusur masuk ke perbatasan Siam, menurun tiba ke Kerajaan Melayu Pattani. Bahan dagangan tekstil cindai dan pelangi mengalir ke selatan wilayah Melayu. Hingga kini masih diusahakan tektil ini dengan nama tempatan iaitu kain Pelangi untuk Bandhana dan kain Cindai untuk Patola, terutama di Kelantan Trengganu-Pahang termasuk Palembang dan Jambi. Cuma kain Pelangi diberi nama berdasarkan teknik menghias warna iaitu kain Jumputan dan kain ikat celup tenunan disebut sebagai kain Limar atau Limas yang bermaksud mewarnakan kain cara mengikat dan mencelup sebelum ditenun. Contohnya kain bhandana- pelangi dan patola -cindai India...masih digemari hingga ke hari ini.
Tentu saja masyarakat tempatan tidak meniru begitu saja. Di saring , adapatasi, perubahaan dan mencipta akar budaya sendiri. Ini yang diusahakan oleh penenun di Palembang, Jambi, Kerajaan Melayu Patani yang melebar ke Kelantan hingga ke Pahang. Inilah wilayah tenunan cindai atau kemudian disebut kain tenunan Limas atau Limau..yang menggabungkan teknik sulaman songket celupan benang dasar menjadi jejak latar ikat celup.
Pemerian keindahan tenunan ini pun dapat dikutip daripada teks Melayu Klasik,
' ...Raja Anggun Che' Tunggal...dikenakan pula baju saf sahklat airnul'banat yang bertatah intan...dikenakan pula kain cindai jantan panjang sepuluh dengan rambu-rambunya diikat kepada pinggangnya...' (Hikayat Anggun Che' Tunggal,Malaya Publishing 1960,105)
Pemerian di atas menampakkan cinta luar seperti dari baju sahklat ainul banar (Arab-Parsi) dan kain cindai (India Patola)
Soalnya sekarang, mana citra alam Melayu? Ya, ini kalau menilai daris sudut luaran dan fungsi kenyataan. Tetapi kalau kita mengalih kepada fungsi lambang keindahan, pasti di situlah jawabnya, maka diseliplah keris Sembilawari,
kurai berlapis dengannya pamurtuntungnya merah bagai api. ..
Keris inilah lambang Alam Melayu (dalam adat istiadat lelaki Nusantara masih bergaya dengan keris), pamur dan tuntung. Hingga cindai dan pelangi begitu bermartabat di mata pengguna Alam Melayu. Apakah jenis tekstil yang dihadiahkan oleh Sultan Mansur Shah , Melaka ketika meminang puteri Jawa? Bayangkan saja pemerian teks Hikayat Hang Tuah ini ( Kassim Ahmad, peny. 1966, 128),
' emas tujuh bahara dan kain tujuh peti dan perempuan
dayang-dayang tujuh puluh baik rupanya dan kain bersuji
tepi tujuh helai'
Kain tujuh peti?
Pada abad ke 15 M, Melaka tidak dicatat sebagai penghasil tekstil. Sebaliknya Melaka adalah pelabuhan dagang, tempat memunggah hasil alam Melayu, bersilang dengan barang-barang dari India dari arah barat dan barangan China dari arah lautan China. Hasil rempas asal , kulit kayu manis, bunga cengkih, selasih, dari kepulauan Melayu, kulit penyui, damar dari perairan dan hutan Nusantara dipunggah ke kapal untuk belayar ke timur tengah...benang emas, kain sulam kelengkan, benang sutera baju antelas, tiba di Melaka. di borong oleh pembesar istana menjadi bahan busana diraja. Selain Istana Melaka dengan Aceh, Jambi, Palembang, Riau-siak, Brunei sudah lama terjalin. Perkahwinan antar istana sehingga tekstil saling bertukar tangan.
wilayah budaya yang menjadi penyelamat, kembali menggubah menicptan tekstil muncul di Jambi Pelembang dan puncaknya di wilayah kerjaan Melayu Patani yang tersebar ke Kelantan, Trengganu dan Pahang. Maka Temenggung Melaka memakai kain panjang punca tergantung, hang Tuah juga diahdikan baju ainulbanat, seluar baldu bersulan suji, hias lemudi. Kain pakan dapat dirujuk sebagai kain tenunan songket (emas pakan) menjadi kebanggaan Kerajaan Melayu lainnya, terutama di Pahang, Perak dan Selangor.
Maka di Alam Melayu patola pun berganti nama menjadi kain cindai (corak seakan motif kulit ular cindai). Maka bhandana menjadi kain pelangi sesuai dengan corak hiasan dan lapisan warna pelangi. Lebih arif lagi seniman Alam Melayu juga mula 'melimas' - mewarna benang - untuk disusun pakan dan loseng dan ditenun ke ke menjadi kain songket limar. tekstil inilah yang dipakai, dengan gaya dan diperikan dengan indah untuk menggambar pakaian pahlawan Misalnya Tuan Malim Dewapun berhias,
'...baju beledu ainul banat, kain kembung kampuh
pelangi, bukannya kain di bawah angin, kain kelambu
Rasulullah. Berikat pinggang kain cindai.
..Keris bersarung
..Keris bersarung
emas sepuluh. Hulunya menikam sembilan warna.
keris bernama jalak jantan, berkerawang pamur di-
pangkalnya '.
Di mana semuanya fikiran dan perlambangan seni busana warisan ? Kerana lelaki Melayu tidak lagi memakai tanjak atau destar ketika bersanding, dan kain songket berganti aneka kilau sutera busana gaun pengantin bertatah batu permata. Ya atas perubahan selera boleh saja busana diubah suai oleh kepintaran pereka fesyen. Tetapi kenapa harus mengambil selera busana klasik Barat atau klasik India dan meninggalkan klasik Melayu dalam acara penting dan bersejarah ini?
Busana Klasik Melayu: Bajiu Kurung Johor , kain ombak mengalun
dan selendang sulam kelengkan.
Dari benang kapas, sutera dan benang emas dari China dan India
ditenun oleh pandai seni Kelantan : inilah songket Melayu-Kelantan.
berselindang sulam benang kelengkan.
hak cipta kajian dan gambar Siti Zainon Ismail.
Gombak, 5 Julai 2010
No comments:
Post a Comment